Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


selesanya
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
selesanya



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 1-Jul-2008 04:34
.:.Suka ria ribena berry di Lynnton Class.:.
Transit pertama
Tarikh : 26 - 27 jun 08
Tempat : Kuantan, Pahang.

Transit kedua
Tarikh : 27-29 jun 08
Tempat : Saujana utama, Sungai buluh.


geng-geng terlibat : http://darlingsweetheartcakes.blogspot.com(k.farah) http://amrani.fotopages.com(rani) http://kamalina3773.fotopages.com(aimi) http://mazlia.fotopages.com(k.daalia) k.rikha http://elianas.fotopages.com(k.ana) http://bake-freshly.blogspot.com(anna) http://guladanmentega.blogspot.com(ita) http://chepah75.fotopages.com(chepah)http://aishahmad.blogspot.com(k.aishah) http://zaitgha-dayindayout.blogspot.com(zaitgha)

Yeayy~!!! LOL
Ohohoho :-D
Wehuuuuuuuuuuu :-> sangat suka gelak tawa pabila dapat kendong balik 3 ketui kek yang besar gajah semuanya disamping seketui beg galas belakang dan seketui beg galas sisi walaupun penat sangat. Sebelum pi kelas lynn kali ni rani rasa rani nk buat keja gila sikit kot... :-D bukan selalu bole buat. Memandangkan ada diantara geng geng rani yang akan turun dari pahang so rani pon cungkit turun ke pahang dulu, walaupun agak jauh la kan tapi rasa macam tak kesah walaupun jauh di samping dapat berjumpa geng-geng nakal semula LOL . Bila sampai di Pahang baru rani akan join the club untuk turun ke KL semula. Perjalanan dari Canglun ke Kuantan mengambil masa 12 jam :-O ohohoho wehhhhh lenguh punggung weiiiii :-D .Sebenarnya dia orang plan nk pi pastry pro dulu satu hari sebelum pi ke kelas lynn....jadi rani mengikuti rombongan che farah dari kuantan :-D

Antara yang terlibat dalam rombongan adalah k.zatidhati tokei kek kelat, k.farah, k.rikha, aimi dan rani. Penuh satu keta semua dari pahang kecuali rani :-D Malam sebelum rani bertolak ke pahang ada la ym dengan tokei kek cekelat :-> tapi sebelum tu rani dah inform k.farah bahawa rani bertolak ke pahang pada pukul 6.30 petang hari khamis dan akan sampai pada hari jumaat pagi mungkin lebih kurang jam 6 pagi..jadi akan transit di rumah k.farah untuk mandi supaya tak busuk o.k...tapi tokei kek cekelat kata hAnG tAk PaYah MaNdi DaH rani :-D , cikgu Azli HaNtAr k.zati PuKui 6.30 pagi, NaNti HaNg MaNdI kat RnR tu, Akak TakOt DuK kat SitU NaNtI KeNa CuLiK LOL ishhhh busuk la rani kalau tak mandi...dah la tu sapa la nk culik dia..hik hik hik menjadi sungguh tokei ni...tup tup rani sampai kat kuantan k.farah bg taw tokei kek ada hal pulak LOL tak jadi la 6.30 pagi...tunggu punya tunggu rupanya dari 6.30 pagi TeRuS jadi 11.00 pagi hahaha hohoho LOL tapi sebelum tu rani sempat transit kat rumah mak k.farah untuk mandi supaya tak busuk ok :-D dan jumpa mak k.farah yang sangat baik macam k.farah dan suka interbiu rani :-> terima kasih makcik di atas layanan yang diberi ya...moga kita berjumpa lagi di lain lembaran Insyaallah.

Perjalanan diteruskan ke kl setelah ambil aimi dan k.rikha di exit temerloh..perjalanan alhamdulillah lancar dan seronok apatah lagi kali ni laju jer k.farah bawak memandangkan kami agak lewat disebabkan kejadian menunggu tokei kek cekelat yang sampai PuKui 11.00 pagi BuKan PuKuI 6.30 pagi LOL nasib baik 11.00 pagi BuKaN 11.00 MaLaM noooo LOL .Ohohoho perjalanan diteruskan sehingga kami selamat sampai ke pastry pro dan yen puchong untuk acara shopping moping yang tak hengat donia :-D...Lepas shopping dan makan, acara menjejaki Kondo bukit rahman putra pulak milik tokei cuppies noooo :-D..kami sesat sunguh-sungguh hingga tersangat letih dan ingin serender untuk ke balai bolis :-O disebabkan tak jumpa sungai buluh dan kondo itu...berkat pertolongan Lynn dan tokei cuppies kami selamat sampai dalam keadaan yang sangat lapaqqqqqq :P dah jumpa horayyyyyyy yeay!!!




Inilah kondo yang kami menginap milik tokei cuppies daalia...sangat selesa dan malam itu juga daalia belanja kami makan-makan yang sangat happening di Lah restoran sungai buluh yang sangat sedap dan best hingga menjilat jari sampai siku hohoho....untuk esoknya pula kami sekali lagi dibawa oleh daalia untuk brekfes istimewa makan murtabak spesial...kali ni nak taw dak sapa yang belanja...tokei kek cekelat :-D tima kasih dan moga murah rezeki nooooo.....murtabak ni memang sedap dan banyak daging nya...bukan macam ada setengah tu yang banyak sayur :-( daging atau ayam sikit :-S masa brekfes ni juga che pah pun turut serta bersama geng-geng kami yang nakal ni LOL....masa brekfes ni pon sangat best dan enjoiceeee


Horayyyyy :-D Kelas bunga royal icing yang dikendalikan oleh Lynn akan bermula...kelas bermula pada pukul 10.00 pagi yang disertai oleh k.zati[asistant lynn], k.farah, rani, daalia, aimi, k.rikha, ana penang, anna putrajaya, ita, chepah, aishah dan zaitgha....keadaan kelas sangat selesa dan sajian yang disajikan pula mengancam selera :-D sangat sedap o.k...disamping cikgu lynn yang sangat sabar dan seorang yang sangat tidak kedekut ilmu...






Inilah gambaran suasana di kelas yang sangat selesa dan best...ala-ala buat kek orang putih...bunga-bunga mat saleh LOL tempat mesti la best sebab nak sesuaikan dengan suasana tu la kan :-D semua student muka syiokkkk jer...yang senyum-senyum sambil buat peace pon ade...hohoho sangat best dan suka ria lain kali buat kelas kat sini lagi ya lynn...sangat besar, luas dan selesa...tempat makan pon luas... :-D

















Bermulanya kelas ini rasa seronok sangat sebab sebelum ni penah tengok bunga-bunga ni kat buku wilton tapi kali ni kami semua akan belajar membuat bunga-bunga dari royal icing ni...cantik weiii...suka sangat. Lagi pulak cikgu kami ni baru ja habis belajar kat wilton untuk course1-course3...jadi berpeluang la kami belajar buat bunga-bunga ni dengan teknik wilton :-D hahaha ohohoho sila jangan jeles...kami belajar 11 jenis bunga termasuk 1 jenis rose fondant :-O bunga-bunga yang kami buat seperti easter lily[putih sedikit besar], poinsetta[pink sedikit besar], petunia[kuning sedikit besar], rose bud, mum[crysanthemum], apple blossom[pink kecil], violet[purple kecil], daisy, daffodil, pansy, primrose dan rose fondant...antara semua ni rani suka buat bunga easter lily, petunia, rose bud, apple blossom, pansy[dua warna] dan primrose. Semua bunga-bunga tu sila tengok di atas ok sampai juling noooo LOL . Bancuhan resipi royal icing lynn ni memang perfect sangat sebab bunga yang dihasilkan dari resipi ni memang voguegitasss noooo...bukan nk puji yer tapi hakikat :-D bunga yang kami buat ni memang la jadi macam-macam bentuk :-O ada yang besaq ada yang kecik ada yang comei ada yang huduh :-D ada yang kembang ada yang kuncup LOL ...logik la kan baru belajar mana bole terus perfect, lain orang lain tangan lain la bunganya 8-) tapi bukan salah RI tapi tangan kami yang kena pi terapi dulu LOL tapi kalau jadi bunga sure gempaq :-D

So semua ni hasil bunga yang kami buat selama seharian dari pagi hingga petang...dalam pukui 5.30 petang kot, tu bagi yang mai untuk kelas bunga RI taw. Tapi bagi kami 2 budak nakai [aimi dan rani] LOL serta 2 lagi budak baru nk nakai [daalia dan ita] LOL kena stay :-O untuk tambah lagi amount bunga yang kami kena buat, padan muka :P kami kena buat tambah la sebab bunga-bunga kena banyak nanti nak boh ataih kek fondant untuk kelas kek fondant esok nooo... lagi satu kena buat lagi bunga tu takot-takot pecah, nanti bole la buat spare... tu yang terhegeh-hegeh buat bunga sampai pukui 8.30 malam :-D so settle semua tak payah penin-pening untuk kelas esok sebab bunga dah ada dan dah kering ;-)





Tadaaaaaaaaa Hulalala :-> kelas cake fondant bemula...hohoho kena buat 2 biji kek dimana satu kek fondant reben dan satu lagi kek fondant dua tingkat :-D...pelbagai teknik dan tunjuk ajar dari lynn macam mana nak balut kek-kek yang nak dibuat tu...kalau pecah macam mana nk atasinya, nak bagi licin macamana nk buat dan ada lagi tips-tips yang lain... Lynn juga ada buat design untuk kek dua tingkat supaya design semuanya tak sama... Bermula lah uli menguli...ya Allah penatnya menguli $-) sebab tu la kan orang charge kek fondant ni harganya mahai sebab nk buat pon boleh tahan noooo...lepaih uli dan o.k baru bole letak atas kek untuk seisi balut mebalut tu nooo...tapi nak balut tu bukan hanya bole letak sekali terus jadi tapi berkali-kali, esp bagi kami yang baru ni...penat oiiiii :-O dah selesai balut :-D touch up - touch up, boh bedak sikit, tutup jerawat LOL baru boleh tepek bunga yang kembang tak kuncup-kuncup walaupun beralih musim :-D lepai tu touch up lagi supaya anggun, menyerlah dan mempersona 8-) cuba tengok tu!!!!

























Ucapan terima kasih buat:
**Lynn diatas tunjuk ajar di dalam kelas...serta menjadi guru yang sentiasa cool walau dalam masa-masa kecederaan :-D semoga Allah memberi rezeki yang mencurah-curah untuk lynn sekeluarga...
**K.farah kerana sudi menerima rani sebagai tetamu setiap masa...terima kasih...alhamdullilah kerana dapat kawan sebaik k.farah :->
**Daalia terima kasih banyak-banyak menumpangkan kami menginap di kondo mewah milik mu....dan belanja makan-makan yang sangat happening...seronoknya...moga Allah tambahkan rezeki yang melimpah ruah...
**Kawan-kawan lain semoga kita dapat berjumpa lagi...insyaallah... :-D jumpa lagi noooo...


© Pidgin Technologies Ltd. 2016